Tuesday, November 4, 2008

shipok,titi dan manja bersalin lagi

dah hampir dua minggu shipok, titi dan manja bersalin untuk entah ke berapa kali
yang pasti titi yang paling produktif, si titi yang ekornya kontot, jaguh beranak antarabangsa
kalau lah semua anak kamu hidup, nampaknya ibu kenalah jadi nelayan, tangkap ikan sendiri. kalau tidak mahu habis gaji tiap-tiap bulan dibelanjakan untuk depa. anak titi tak pernah tengok lagi sebab tak pernah bersalin kat rumah. bila anak dia dah mula pandai nak makan makanan lain selain susu ibunya barulah dapat tengok. shipok pula sudah pasti bersalin dlm bilik ibu dia
4 ekor, 1 tampung tiga warna, satu lagi kelabu, satu lagi oreng dan satu lagi oreng tampung putih. memang comel. sekarang dah buka mata, dah mula nak merayau. tak mau lagi duduk dlm kotak yang disediakan. manja pula... mcm biasa la, memang ibu tak bertanggungjawab. lepas bersalin semua anak ditinggalkan mcm tu je. tak mahu menyusukan anak. sehari suntuk anak meraung tidak diendahkanya. nasib baik shipok ibu mithali. dua ekor yang masih hidup shipok tolong susu kan. tapi oleh kerana lama terbiar, akhirnya mati juga. hai manja asyik bela badan dan bersolek sj. dari kecil sampai sekarang badan tak pernah surut gempal ja. konon segak la agaknya anak pun tak nak bela.
sekarang musim kucing kena penyakit hawar, bimbang betul takut berjangkit. kesian kalau kucing kena penyakit ni, dia akan bersin dan berhingus, badan makin susut dan kelihatan letih lesu, makin hari makin kurus. mata berair, hidung beringus akhirnya tak larat nak berjalan jatuh terkelepek ja, mudah-mudahan tak akan dijangkiti.si comel yang buta sebelah mata dan sebelah lagi rabun jauh tu makin hari makin comel. walaupun ada masalah penglihatan, tapi ligat kalau di lepas keluar. bukan main suka lagi bermain kat luar rmh. sampaikan hujan gerimis pun tak dipedulikan, terus sj main. sekarang dah kena selsema dan demam. dok melepak dlm rumah tak nak main, kurang makan, asyik tidor je.
apa-apa pun kamu semua adalah penawar kala ibu kesepian.

Monday, September 22, 2008

hari menjelang lagi

syukur alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa dan semoga dapapt juga meraikan lebaran tahun ini. Dah hampai raya ni sibuk buat biskut raya. si comel, shipuk, titi dan manja dah merajuk. ibu asyik sibuk dengan penyediaan menjelang hari lebaran.
dalam sibuk sibuk nak menyambut lebaran ni tak dapat nak cuti la pula.
kena kursus. nasib baik juga jadual kursus diatur dengan baik oleh pihak penganjur. esok giliran perpustakaan pula. dapat la cuti pada hari khamis hingga raya nanti. ada la kelapangan nak buat biskut raya. banyak lagi biskut yang belum buat.anak anak sedara dah tanya biskut kegemaran mereka dah buat ka belum.
jangan risau anak-anak semua, mak cik mesti taklupa kalian semua. pasti sj biskut kegemaran anda akan mak cik sediakan nanti. siap boleh bekal bawa balik lagi. tapi bagi yang dah bekerja tu jangan lupa duit raya untuk mak cik. yang enginer tu jgn lupa. tahun ni mesti lebih dari tahun depan.

Sunday, July 6, 2008

Anak shipok dah makin besar

Lama tertinggal kamu ya. bukan tak ingat nak mengarang tapi minggu ni sibuk dengan student baru. tapi nasib baik sibuk kat opis sj, balik rmh masih ada masa main dengan kucing-kucing kesayangan. dua tiga hr lepas bila balik rmh tengok-tengok si shipok sedang enak berbaring dengan sikecilnya di atas katil. waa bukan main relak lagi.
si anak yang di beri nama kecik tu apa lagi menyondol ibu dia nak menyusu. bukan manusia sj mewarisi rupa dan perlakuan ibu bapa, kucing juga sama. si kecik anak si shipok tu, ekor dia sama ja macam ekor mak dia. kalau tidoq pula sm mcm mak dia tidoq. melentang kaki semua keatas.

Wednesday, June 25, 2008

Malam sepi diemani kucing-kucing kesayanganku

dah banyak hari tak hadirkan diri dalam laman luahan perasaan ni. sesekali teruja meneliti kehidupan harian yang ada kala riuh di temani keceriaan, namun adakala sepi menghimpit yang ada disisi hanya kucing-kucing kesayangan. terkadang kala terpikir meluahkan perasaan pada sigebu berekor kontot dan panjang ni adakah ada timbal balik. tapi yang pasti riak wajah dan kerdipan matanya seakan mengatakan kami memahami mu wahai gembalaku. bila matanya yang bersinar itu memandang kepada ku, hati dapat merasa bahawa mereka turut mengerti apa yang tersirat di hatiku.
masya Allah bertapa besar kurniaan Yang Maha Esa, sudah pasti kelopak mata ini akan melemparkan mutiaranya tanpa disedari. Tuhan bertapa besar keajaiban yang telah Engkau zahirkan dari makhlukMu yang bernama kucing ini.

Saturday, June 21, 2008

comel, shipok, manja dan titi kena tinggal lagi

hari ini ada kursus lagi, semua kucing terpaksa ditinggalkan

Thursday, June 19, 2008

comel

hari ni mai kursus komputer tak sempat main dengan si comel. nampaknya minggu ni tak sempat nak main dengan sicomel