Tuesday, November 4, 2008

shipok,titi dan manja bersalin lagi

dah hampir dua minggu shipok, titi dan manja bersalin untuk entah ke berapa kali
yang pasti titi yang paling produktif, si titi yang ekornya kontot, jaguh beranak antarabangsa
kalau lah semua anak kamu hidup, nampaknya ibu kenalah jadi nelayan, tangkap ikan sendiri. kalau tidak mahu habis gaji tiap-tiap bulan dibelanjakan untuk depa. anak titi tak pernah tengok lagi sebab tak pernah bersalin kat rumah. bila anak dia dah mula pandai nak makan makanan lain selain susu ibunya barulah dapat tengok. shipok pula sudah pasti bersalin dlm bilik ibu dia
4 ekor, 1 tampung tiga warna, satu lagi kelabu, satu lagi oreng dan satu lagi oreng tampung putih. memang comel. sekarang dah buka mata, dah mula nak merayau. tak mau lagi duduk dlm kotak yang disediakan. manja pula... mcm biasa la, memang ibu tak bertanggungjawab. lepas bersalin semua anak ditinggalkan mcm tu je. tak mahu menyusukan anak. sehari suntuk anak meraung tidak diendahkanya. nasib baik shipok ibu mithali. dua ekor yang masih hidup shipok tolong susu kan. tapi oleh kerana lama terbiar, akhirnya mati juga. hai manja asyik bela badan dan bersolek sj. dari kecil sampai sekarang badan tak pernah surut gempal ja. konon segak la agaknya anak pun tak nak bela.
sekarang musim kucing kena penyakit hawar, bimbang betul takut berjangkit. kesian kalau kucing kena penyakit ni, dia akan bersin dan berhingus, badan makin susut dan kelihatan letih lesu, makin hari makin kurus. mata berair, hidung beringus akhirnya tak larat nak berjalan jatuh terkelepek ja, mudah-mudahan tak akan dijangkiti.si comel yang buta sebelah mata dan sebelah lagi rabun jauh tu makin hari makin comel. walaupun ada masalah penglihatan, tapi ligat kalau di lepas keluar. bukan main suka lagi bermain kat luar rmh. sampaikan hujan gerimis pun tak dipedulikan, terus sj main. sekarang dah kena selsema dan demam. dok melepak dlm rumah tak nak main, kurang makan, asyik tidor je.
apa-apa pun kamu semua adalah penawar kala ibu kesepian.