Wednesday, June 25, 2008

Malam sepi diemani kucing-kucing kesayanganku

dah banyak hari tak hadirkan diri dalam laman luahan perasaan ni. sesekali teruja meneliti kehidupan harian yang ada kala riuh di temani keceriaan, namun adakala sepi menghimpit yang ada disisi hanya kucing-kucing kesayangan. terkadang kala terpikir meluahkan perasaan pada sigebu berekor kontot dan panjang ni adakah ada timbal balik. tapi yang pasti riak wajah dan kerdipan matanya seakan mengatakan kami memahami mu wahai gembalaku. bila matanya yang bersinar itu memandang kepada ku, hati dapat merasa bahawa mereka turut mengerti apa yang tersirat di hatiku.
masya Allah bertapa besar kurniaan Yang Maha Esa, sudah pasti kelopak mata ini akan melemparkan mutiaranya tanpa disedari. Tuhan bertapa besar keajaiban yang telah Engkau zahirkan dari makhlukMu yang bernama kucing ini.

Saturday, June 21, 2008

comel, shipok, manja dan titi kena tinggal lagi

hari ini ada kursus lagi, semua kucing terpaksa ditinggalkan

Thursday, June 19, 2008

comel

hari ni mai kursus komputer tak sempat main dengan si comel. nampaknya minggu ni tak sempat nak main dengan sicomel

kucing - yang membahagiakan

kucing... kucing... kucing... itulah yang selalu menjadi rungutan orang yang tidak menyenangi kucing ni. pada mereka kucing adalah binatang yang membawa penyakit dan kekotoran. tapi bagi diriku kucing adalah sebahagian daripada hidupku. masa aku sunyi kucing-kucingku akan ada disisi ku untuk menemani diriku.
anda semua mungkin tidak tahu kucing adalah binatang yg sgt peka kpd bunyi, pernah sekali aku disedarkan dengan kehadiran orang asing dihalaman rumahku. kucingku telah mengejutkan aku dari tidor dan secara tak langsung dapat menghalang orang tersebut menceroboh rmhku.

anak shipok mati

hari ini rasa sedih anak shipok mati dua ekor. kini hanya tinggal seekor saja lagi anak shipok. anak titi masih blm tengok, sebab titi beranak di rumah jiran

anak kucing baru

hari ini shipok dan titi melahirkan anak nya lagi, shipok ada tiga ekor dan titi ada empat ekor anak baru. bertambah lagi keturunan kucing-kucing kesayangan ku. jumlah kucing yang ada sekarang sudah mencapai sebelas ekor.