Monday, September 22, 2008

hari menjelang lagi

syukur alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa dan semoga dapapt juga meraikan lebaran tahun ini. Dah hampai raya ni sibuk buat biskut raya. si comel, shipuk, titi dan manja dah merajuk. ibu asyik sibuk dengan penyediaan menjelang hari lebaran.
dalam sibuk sibuk nak menyambut lebaran ni tak dapat nak cuti la pula.
kena kursus. nasib baik juga jadual kursus diatur dengan baik oleh pihak penganjur. esok giliran perpustakaan pula. dapat la cuti pada hari khamis hingga raya nanti. ada la kelapangan nak buat biskut raya. banyak lagi biskut yang belum buat.anak anak sedara dah tanya biskut kegemaran mereka dah buat ka belum.
jangan risau anak-anak semua, mak cik mesti taklupa kalian semua. pasti sj biskut kegemaran anda akan mak cik sediakan nanti. siap boleh bekal bawa balik lagi. tapi bagi yang dah bekerja tu jangan lupa duit raya untuk mak cik. yang enginer tu jgn lupa. tahun ni mesti lebih dari tahun depan.